SELAMAT DATANG

Monday, October 27, 2008

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Peringkat Sekolah Agama Kampung Pulai

Tarikh : 24 Oktober 2008
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Sekolah Agama Kampung Pulai

Friday, October 10, 2008

ROMBONGAN MARHABAN KELAB AL-ANSAR SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PULAI

Kelab Al-Ansar Sekolah Agama Kampung Pulai akan mengadakan program Marhaban ke rumah yang sudi menerima kunjungan kumpulan marhaban Sekolah Agama Kampung Pulai.

Kumpulan Marhaban SA Kg Pulai dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu ke Kg Pulai, Kg Ulu Pulai, Kg Bukit Tempurung dan ke Taman Nusantara.

Program ini berjalan selama 3 hari berturut-turut bermula 10 Oktober 2008 hingga 13 Oktober 2008 dari jam 9.00 pg hingga 1.00 ptg.

Kepada yang berminat boleh menghubungi Guru Ko-Kurikulum iaitu Ustazah Nurul Azira (012-7413449) atau Guru Besar ( 013-7722424).

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Peperiksaan Akhir Tahun 2008 Sekolah Agama Kerajaan Johor

Adalah dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir tahun akan bermula pada hari Isnin 13 Oktober 2008 hingga 17 Oktober 2008 bagi darjah 1,2 dan 3.

Manakala 28 Oktober 2008 hingga 3 November 2008 bagi pelajar darjah 4 dan 5.

Peperiksaan UPKK akan dijalankan mulai 3 November 2008 hingga 7 November 2008

Bagi pelajar-pelajar tahun 6,mereka akan menduduki peperiksaan percubaan Sijil Darjah Enam bermula 20 Oktober hingga 23 Oktober 2008.

Sehubungan itu tuan puan dikehendaki memastikan anak-anak jagaan tuan mengulangkaji pelajaran masing-masing di rumah.

Hari persekolahan semasa peperiksaan hendaklah mengikut jadual peperiksaan akhir tahun.Bagi pelajar tahun 1 hingga 3 dikehendaki membawa pensil warna sewaktu hari peperiksaan.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SDEA TAHUN 2008

Adalah dimaklumkan ,Peperiksaan Percubaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) akan dijalankan sebagaimana ketetapan berikut:

Percubaan SDEA :20HB HINGGA 23HB Oktober 2008

Pihak sekolah mendoakan murid-murid dapat menjalani peperiksaan dengan jayanya.

*Jadual Peperiksaan telah diedarkan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN



Warga Guru Dan Murid-Murid Sekolah Agama Kampung Pulai mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua.


Sekolah Agama Kampung Pulai mula bercuti sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri mulai 27hb September 2008 hingga 5 Oktober 2008(Ahad).