SELAMAT DATANG

Friday, October 10, 2008

ROMBONGAN MARHABAN KELAB AL-ANSAR SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PULAI

Kelab Al-Ansar Sekolah Agama Kampung Pulai akan mengadakan program Marhaban ke rumah yang sudi menerima kunjungan kumpulan marhaban Sekolah Agama Kampung Pulai.

Kumpulan Marhaban SA Kg Pulai dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu ke Kg Pulai, Kg Ulu Pulai, Kg Bukit Tempurung dan ke Taman Nusantara.

Program ini berjalan selama 3 hari berturut-turut bermula 10 Oktober 2008 hingga 13 Oktober 2008 dari jam 9.00 pg hingga 1.00 ptg.

Kepada yang berminat boleh menghubungi Guru Ko-Kurikulum iaitu Ustazah Nurul Azira (012-7413449) atau Guru Besar ( 013-7722424).

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN

0 comments: