SELAMAT DATANG

Monday, August 24, 2009

SALAM RAMADHAN 1430H /2009M

Warga guru Sekolah Agama Kampung Pulai mengucapkan
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Semoga kita sama-sama dapat tingkatkan usaha dan menambah amal ibadah kepada Allah bersempena dengan bulan yang mulia ini.

MAKLUMAN CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL

Kepada Semua Ibu bapa/Penjaga,
Murid-Murid Sekolah Agama Kampung Pulai.

Dengan ini dimaklumkan bahawa cuti sekolah Pertengahan Penggal akan bermula pada:-
22 Ogos 2009(Sabtu) hingga 30 Ogos 2009(Ahad),
31 Ogos 2009(Cuti Hari Kebangsaan)

Sesi Persekolahan akan bermula semula pada 01 September 2009 (Selasa).

Diharapkan kerjasama daripada pihak tuan/puan bagi memastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran semasa cuti serta mengisi masa ketika cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan dapat hadir ke sekolah semula pada tarikh yang ditetapkan.

Sekian terima kasih

Friday, August 14, 2009

PENDAFTARAN DARJAH 1

Sekolah Agama Kampung Pulai telah membuka sesi Pendaftaran Pelajar-pelajar Darjah Satu tahun 2010 sebagaimana ketentuan berikut:-

Tarikh: 01 Julai 2009-30hb September 2009
Masa: 2.00pg-6.00ptg(Waktu Sekolah)
Tempat: Sekolah Agama Kampung Pulai

Diharap ibu bapa dapat mendaftar awal bagi mengelakkan berlaku kesulitan di kemudian hari.
Terima kasih.

MESYUARAT AJK KALI KE 3

Notis Mesyuarat AJK Badan Kebajikan kali ke 3

Pada:14hb Ogos 2009(Jumaat),
Jam:9.00mlm
Tempat : Pejabat Sekolah Agama Kampung Pulai

Diharapkan semua AJK dapat melapangkan masa dan hadir ke mesyuarat tersebut.
Terima kasih.

UJIAN SETARA BULAN OGOS

Makluman kepada ibubapa/penjaga & murid-murid Sekolah Agama Kampung Pulai.

Adalah dimaklumkan Ujian Setara Bulan Ogos tahun 2009 bagi darjah (1) hingga darjah (6) bagi Daerah Johor Bahru akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh:17 hingga 20 Ogos 2009 (Selasa hingga Jumaat)

Perhatian:
Semua pelajar belajar seperti biasa dan tidak dibenarkan pulang awal

Darjah 1,2 dan 3 sila bawa pensil warna Sekian terimakasih Harap maklum

UJIAN LISAN DAN UJIAN BACAAN AL-QURAN