SELAMAT DATANG

Tuesday, June 3, 2008

Sekitar Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali Ke 8






Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali Ke 8

Badan Kebajikan Sekolah Agama Kampung telah mengadakan Mesyuarat Agung sepertimana ketetapan di bawah :

Tarikh : 19 Mei 2008
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Sekolah Agama Kampung Pulai
Dirasmikan oleh : YB Dato' Haji Abd Aziz Bin Sapian (ADUN Nusa Jaya)

Kepada yang telah menjayakan program diucapkan jutaan terima kasih.

Sekalung Penghargaan kepada semua AJK Badan Kebajikan sesi 2006-2008 dan Tahniah kepada AJK yang dilantik bagi sesi 2008-2010. Semoga dapat menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Tuesday, April 29, 2008

Peperiksaan Setengah tahun 2008 Darjah 1,2 dan 3

Peperiksaan Setengah tahun 2008 akan bermula pada 5 Mei hingga 9 Mei 2008 bagi pelajar tahun 1,2 dan 3.Manakala bagi pelajar 4,5 dan 6 pula pada 20 Mei hingga 23 Mei 2008.

Sehubungan dengan itu,hari persekolahan semasa peperiksaan mengikut jadual peperiksaan yang disediakan .Hari persekolahan selepas peperiksaan tersebut akan berjalan seperti biasa. Diharap semua ibubapa dapat memastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran dirumah bagi persediaan menghadapi peperiksaan tersebut.

PERHATIAN :

BAGI MURID -MURID DARJAH 4, 5,DAN 6 TIDAK PERLU HADIR PADA TARIKH-TARIKH TERSEBUT DI ATAS

MURID-MURID DARJAH 1,2, DAN 3 PERLU HADIR MENGIKUT JADUAL PERIKSA BUKAN MENGIKUT JADUAL PERSEKOLAHAN BIASA

Sunday, April 20, 2008

Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Johor Bahru Zon 3


Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Johor Bahru Zon 3 akan di adakan sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 23 April 2008
Hari : Rabu
Tempat : Sekolah Agama Taman Perling 2, Johor Bahru

Sekolah Agama Kampung Pulai menghantar seramai 16 orang peserta.

Al-Quran Tahap 1 ( L ) - Mohd Hidayat Fakhrullah Bin Jais
Al-Quran Tahap 1 ( P )- Siti Nor Azira Binti Abd Rahman
Al-Quran Tahap 2 ( L ) - Amier Aizat Bin Rosdi
Al-Quran Tahap 2 ( P ) - Firzana Binti Nordin
Seni Khat Tahap 2 ( L.P ) - Mohd Asyraf Bin Razali
Seni Khat Tahap 1 ( L.P ) - Noraqilah Bt Mohd Saidi
Kuiz Darjah 1 - Nur Athirah Binti Arshad
Kuiz Darjah 2- Nur Fatihah Binti Abd Jalil
Kuiz Darjah 3 - Mohd Aidil Azhar Bin Razak
Bercerita Tahap 1 - Siti Murnie Binti Mohd Fauzi
Azan Iqamah Tahap 1- Nor Aiman Lutfi Bin Ismail
Tarhim/Azan Iqamah Tahap 2 - Mohd Rasyidin Bin Masrin
Hafazan Tahap 1 - Safiah Binti Khalid
Hafazan Tahap 2- Mohd Ali Bin Khalid
Berzanji Tahap 2 ( P )- Norsyafikah Adilah Bt Ramli
Syarahan Bahasa Arab - Siti Norfazira Binti Ashrin
Tafsir Ayat - Hurul Ain Binti Jaafar

Sekitar Majlis Sambutan Maulud Nabi 2008









Thursday, March 27, 2008

Jadual Sesi Persekolahan 2008





MAKLUMAT TERKINI : KITAB DARJAH SATU 2008

Kitab Pelajaran bagi murid-murid darjah satu sesi 2008 adalah seperti berikut :

Kitab Pelajaran - RM 40.00
Buku Latihan - RM 21.00

Jumlah - RM 61.00

**Ibu bapa dan penjaga boleh membuat tempahan dengan guru kelas masing-masing serta boleh juga membuat pembayaran sekali.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1429 H

Majlis Guru Sekolah Agama Kampung Pulai dengan usahasama Badan Kebajikan Kampung Pulai akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1429H pada 5 & 6 April 2008 ( Sabtu dan Ahad ).
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dan badan kebajikan SA Kampung Pulai mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bagi sama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Aturcara :

5 April 2008 ( Sabtu )
1.00petang - Pendaftaran peserta pertandingan
1.45 petang - Pengadil Pertandingan mengambil tempat
2.00 petang - Pertandingan dimulakan
- Azan
- Hafazan
- Nasyid dan Marhaban
5.00 petang - Pertandingan tamat dan bersurai

6 April 2008 ( Ahad )
7.30 pagi - Murid-murid dan ibu bapa berkumpul
7.45 pagi - Perarakkan bermula dari padang Kampung Pulai hingga SA Kampung Pulai
- Masuk ke dalam dewan
- Bacaan Doa
- Bacaan Berzanji dan Selawat
- Ucapan Pengerusi Sambutan
- Ceramah Maulidur Rasul
- Penyampaian Hadiah dan Cenderahati
- Jamuan diedarkan dan bersurai


Semoga perjalanan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.WT. Amin.

Friday, March 21, 2008

Selamat Menyambut Sambutan Maulidur Rasul 1429H


Thursday, March 6, 2008

Ucapan Khas Kepada Warga SA Kg Pulai




Wednesday, March 5, 2008

Di Manakah Adik Sharlinie ??


Thursday, January 3, 2008

Selamat Datang Ke Alam Persekolahan 2008 dan Kembali ke Sekolah

Warga Guru Sekolah Agama Kampung Pulai mengucapkan Selamat Kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2008.

Teruskan usaha anda dalam menuntut ilmu agama.

Welcome To Sekolah Agama Kampung Pulai Blog