SELAMAT DATANG

Friday, May 29, 2009

Sekitar Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Agama Kampung Pulai telah diadakan sepertimana ketetapan berikut :
Hari : Jumaat
Tarikh : 29 Mei 2009
Masa : 2.30 hingga 5.00 petang
Tempat : Sekolah Agama Kampung Pulai
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
"TERIMA KASIH CIKGU"

Friday, May 22, 2009

MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN KALI KE 9 DAN ANUGERAH CEMERLANG PELAJARAN 2008

Badan Kebajikan Sekolah Agama Kampung akan mengadakan Mesyuarat Agung sepertimana ketetapan di bawah :

Tarikh : 24 Mei 2009
Hari : Ahad
Tempat : Dewan Sekolah Agama Kampung Pulai
Dirasmikan oleh : YB Dato' Haji Abd Aziz Bin Sapian
(ADUN Nusa Jaya)

Semua ibu bapa dan penjaga diminta hadir bagi sama-sama menjalankan tanggungjawab semua.

Friday, May 15, 2009

Semuanya Bermula Dari Seorang Yang Bergelar Guru ... Terima kasih cikgu


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa;
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta;
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara;
Jika hari ini seorang ulama yang mulia;
Jika hari ini seorang peguam menang bicara;
Jika hari ini seorang penulis terkemuka;
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa;
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Guru.... Terima Kasih Cikgu




IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Wednesday, May 6, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 Tahap 1


Adalah dimaklumkan ,Peperiksaan Setengah Tahun 2009 akan dijalankan sebagaimana ketetapan berikut:
::
Tahap 1 : 11 Mei 2009 - 15 Mei 2009
::
Pihak sekolah mendoakan murid-murid dapat menjalani peperiksaan dengan jayanya.

MESYUARAT GURU-GURU BESAR MAGAZ 3 DAERAH JOHOR BAHRU


Sekolah Agama Kampung Pulai akan menjadi tuan rumah kepada "MESYUARAT GURU-GURU BESAR MAGAZ 3 DAERAH JOHOR BAHRU" sepertimana ketetapan di bawah :
::
Hari : Khamis
Tarikh : 7 Mei 2009
Tempat : Dewan Al-Hakim, Sekolah Agama Kampung Pulai.
::
Selamat Bermesyuarat kepada semua guru besar.