SELAMAT DATANG

Monday, March 23, 2009

Persoalan-Persoalan Yang Dijawab oleh Al-Quran

Kenapa Aku Diuji ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa Ujian Seberat Ini ?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286 Rasa Frust ?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. - Surah At-Taubah ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap ?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

Aku Tak Tahan !
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 87

Bukankah alQuran itu sesuai di semua zaman dan tempat, dalam apa jua keadaan?

Sunday, March 22, 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

23 Mac 2009
Selamat Kembali ke Sekolah diucapkan kepada warga guru dan murid Sekolah Agama Kg Pulai setelah seminggu bercuti.
Selamat menuntut ilmu diucapkan kepada murid-murid.
Selamat bertugas diucapkan kepada guru-guru.

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDURRASUL ANJURAN BERSAMA SEKOLAH AGAMA KG PULAI, SEKOLAH KEBANGSAAN KG PULAI DAN UMNO CAW KG PULAI







Friday, March 20, 2009

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1430H / 2009M

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Agama Kampung Pulai dengan usahasama Sekolah Kebangsaan Kampung Pulai , Jawatankuasa Masjid Al-Muhtadin Kampung Pulai dan PUTERI UMNO Cawangan Kampung Pulai akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul sepertimana ketetapan berikut :
Hari : Ahad
Tarikh : 22 Mac 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Perkarangan Masjid Al-Muhtadin Kampung Pulai.
Penceramah : Ust Hj Zulrahim Bin Yusof

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Terima kasih.

JADUAL WAKTU UJIAN SETARA BULAN MAC 2009

Makluman kepada ibubapa/penjaga & murid-murid
Adalah dimaklumkan Ujian Setara Bulan Mac tahun 2009 bagi darjah 1 hingga darjah 6 bagi Daerah Johor Bahru akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:
Diharapkan kerjasama ibu bapa memastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran sepanjang cuti di rumah.
Sekian, terima kasih.



Saturday, March 14, 2009

SELAMAT BERCUTI

Selesai sahaja majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah pada 13 Mac 2009, warga sekolah bercuti bermula 14 Mac 2009 sehingga 22 Mac 2009. Berkemungkinan pelbagai perancangan telah dibuat oleh ibubapa bagi memenuhi ruang cuti anak-anak. Mungkin ada yang balik ke kampung, pergi melancong atau sekadar menghabiskan cuti di rumah.

Namun sebagai peringatan bahawa Ujian Bulanan (Mac) akan diadakan pada 24 Mac 2009 hingga 27 Mac 2009. Ujian tersebut penting kerana ianya menguji prestasi pelajar setakat 3 bulan pertama persekolahan, malah apa yang lebih utama ialah ianya juga akan mempengaruhi peratus keseluruhan prestasi kerana penilaian di akhir tahun akan dikira bermula dari ujian dan peperiksaan sepanjang tahun.

Pihak sekolah sangat berharap agar ibubapa dapat memantau cuti anak-anak dan mempastikan pengisian masa menjurus kepada pembelajaran mengulangkaji di rumah. Kesinambungan sangat perlu demi kecemerlangan anak-anak.

Kepada pelajar, gunakan masa cuti anda dengan perkara yang berfaedah. Selamat bercuti.

SEKITAR PERTANDINGAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1430H / 2009M PERINGKAT SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PULAI


Hari : Jumaat
Tarikh : 13 Mac 2009
Tempat : Dewan Al-Hakim, Sekolah Agama Kampung Pulai