SELAMAT DATANG

Monday, January 25, 2010

MAKLUMAT PROFAIL SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PULAI

Kepada yang berminat untuk mengenali Sekolah Agama Kampung Pulai, bolehlah download Profail tersebut pada link berikut :

Klik pada gambar di bawah :



Terima kasih.

EX-Blogmaster SA Kampung Pulai..

Sunday, November 15, 2009

Hari Keluarga 2009 Dan Majlis Perpisahan Ustaz Farhan Bin Md Kasim

Majlis Guru Sekolah Agama Kampung Pulai telah mengadakan

Sambutan Hari Keluarga 2009
&
Majlis Perpisahan Ustaz Farhan Bin Hj Md Kasim ke daerah Pontian

sepertimana berikut :

Tarikh : 14 November 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Restoran Saujana Tanjung Adang


"JASAMU DIKENANG"

Tuesday, October 20, 2009

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2009 dan UPKK Darjah 5


***untuk besarkan jadual klik pada gambar.

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Darjah 4


***untuk besarkan jadual klik pada gambar.

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Tahap 1 ( Darjah 1,2 dan 3 )


***untuk besarkan jadual klik pada gambar.

Wednesday, September 16, 2009

MAJLIS IFTAR JAM'IE, MAJLIS KHATAM AL-QURAN dan PENYERAHAN BANTUAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN IBU-IBU TUNGGAL 2009













Program telah diadakan pada hari Rabu ( 11 September 2009 / 21 Ramadhan 1430 )

Monday, August 24, 2009

SALAM RAMADHAN 1430H /2009M

Warga guru Sekolah Agama Kampung Pulai mengucapkan
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Semoga kita sama-sama dapat tingkatkan usaha dan menambah amal ibadah kepada Allah bersempena dengan bulan yang mulia ini.

MAKLUMAN CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL

Kepada Semua Ibu bapa/Penjaga,
Murid-Murid Sekolah Agama Kampung Pulai.

Dengan ini dimaklumkan bahawa cuti sekolah Pertengahan Penggal akan bermula pada:-
22 Ogos 2009(Sabtu) hingga 30 Ogos 2009(Ahad),
31 Ogos 2009(Cuti Hari Kebangsaan)

Sesi Persekolahan akan bermula semula pada 01 September 2009 (Selasa).

Diharapkan kerjasama daripada pihak tuan/puan bagi memastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran semasa cuti serta mengisi masa ketika cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan dapat hadir ke sekolah semula pada tarikh yang ditetapkan.

Sekian terima kasih

Friday, August 14, 2009

PENDAFTARAN DARJAH 1

Sekolah Agama Kampung Pulai telah membuka sesi Pendaftaran Pelajar-pelajar Darjah Satu tahun 2010 sebagaimana ketentuan berikut:-

Tarikh: 01 Julai 2009-30hb September 2009
Masa: 2.00pg-6.00ptg(Waktu Sekolah)
Tempat: Sekolah Agama Kampung Pulai

Diharap ibu bapa dapat mendaftar awal bagi mengelakkan berlaku kesulitan di kemudian hari.
Terima kasih.

MESYUARAT AJK KALI KE 3

Notis Mesyuarat AJK Badan Kebajikan kali ke 3

Pada:14hb Ogos 2009(Jumaat),
Jam:9.00mlm
Tempat : Pejabat Sekolah Agama Kampung Pulai

Diharapkan semua AJK dapat melapangkan masa dan hadir ke mesyuarat tersebut.
Terima kasih.

UJIAN SETARA BULAN OGOS

Makluman kepada ibubapa/penjaga & murid-murid Sekolah Agama Kampung Pulai.

Adalah dimaklumkan Ujian Setara Bulan Ogos tahun 2009 bagi darjah (1) hingga darjah (6) bagi Daerah Johor Bahru akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh:17 hingga 20 Ogos 2009 (Selasa hingga Jumaat)

Perhatian:
Semua pelajar belajar seperti biasa dan tidak dibenarkan pulang awal

Darjah 1,2 dan 3 sila bawa pensil warna Sekian terimakasih Harap maklum

UJIAN LISAN DAN UJIAN BACAAN AL-QURAN



Wednesday, July 15, 2009

Bengkel Pengurusan Jenazah

Sekolah Agama Kampung Pulai dengan jayanya menganjurkan "Bengkel Pengurusan Jenazah" sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 15 Julai 2009
Hari : Rabu
Tempat : Sekolah Agama Kampung Pulai
Penceramah : Ustaz Halmi Bin Jaapar
(Guru SRAB Kluang)
Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat terutamanya Ustaz Halmi kerana sanggup hadir daripada Kluang dalam menyampaikan ceramahnya.

Friday, June 26, 2009

HARI TERBUKA DAN JUALAN AMAL 2009

Sekolah Agama mengadakan Hari Terbuka dan Jualan Amal 2009 sepertimana ketetapan berikut :
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Tempat : Dewan Sekolah Agama Kampung Pulai
Tapak jualan amal : Garaj Kereta Guru.
Terima Kasih.

Thursday, June 4, 2009

Makluman Cuti Pertengahan Tahun 2009

Semua Ibu bapa/Penjaga
Murid-Murid Sekolah Agama Kampung Pulai

Dengan hormatnya dimaklumkan,Cuti Pertengahan Penggal 2 akan bermula pada:-

30 Mei 2009(Sabtu) hingga 14 Jun 2009(Ahad)

Sesi Persekolahan akan bermula semula pada 15 Jun 2009 (Isnin)

Diharapkan kerjasama daripada pihak tuan/puan bagi memastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran semasa cuti serta mengisi masa ketika cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan dapat hadir ke sekolah semula pada tarikh yang ditetapkan.

Sekian terima kasih

Friday, May 29, 2009

Sekitar Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Agama Kampung Pulai telah diadakan sepertimana ketetapan berikut :
Hari : Jumaat
Tarikh : 29 Mei 2009
Masa : 2.30 hingga 5.00 petang
Tempat : Sekolah Agama Kampung Pulai
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
"TERIMA KASIH CIKGU"

Friday, May 22, 2009

MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN KALI KE 9 DAN ANUGERAH CEMERLANG PELAJARAN 2008

Badan Kebajikan Sekolah Agama Kampung akan mengadakan Mesyuarat Agung sepertimana ketetapan di bawah :

Tarikh : 24 Mei 2009
Hari : Ahad
Tempat : Dewan Sekolah Agama Kampung Pulai
Dirasmikan oleh : YB Dato' Haji Abd Aziz Bin Sapian
(ADUN Nusa Jaya)

Semua ibu bapa dan penjaga diminta hadir bagi sama-sama menjalankan tanggungjawab semua.

Friday, May 15, 2009

Semuanya Bermula Dari Seorang Yang Bergelar Guru ... Terima kasih cikgu


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa;
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta;
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara;
Jika hari ini seorang ulama yang mulia;
Jika hari ini seorang peguam menang bicara;
Jika hari ini seorang penulis terkemuka;
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa;
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Guru.... Terima Kasih Cikgu




IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Wednesday, May 6, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 Tahap 1


Adalah dimaklumkan ,Peperiksaan Setengah Tahun 2009 akan dijalankan sebagaimana ketetapan berikut:
::
Tahap 1 : 11 Mei 2009 - 15 Mei 2009
::
Pihak sekolah mendoakan murid-murid dapat menjalani peperiksaan dengan jayanya.

MESYUARAT GURU-GURU BESAR MAGAZ 3 DAERAH JOHOR BAHRU


Sekolah Agama Kampung Pulai akan menjadi tuan rumah kepada "MESYUARAT GURU-GURU BESAR MAGAZ 3 DAERAH JOHOR BAHRU" sepertimana ketetapan di bawah :
::
Hari : Khamis
Tarikh : 7 Mei 2009
Tempat : Dewan Al-Hakim, Sekolah Agama Kampung Pulai.
::
Selamat Bermesyuarat kepada semua guru besar.

Friday, April 24, 2009

JOHAN SENI KHAT TAHAP 2

Tahniah diucapkan kepada Adik Maizatul Fatihah Binti Shafie kerana telah mengharumkan nama Sekolah Agama Kampung Pulai dengan mendapat tempat pertama pertandingan seni khat tahap 2 di Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Johor Bahru Zon 3.

Warga SA Kampung Pulai berbangga dengan kejayaan tersebut.

Tuesday, April 21, 2009

Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Johor Bahru Zon 3


Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Johor Bahru Zon 3 akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 22 April 2009
Hari : Rabu
Tempat : Sekolah Agama An-Nur Batu 10, Skudai, Johor Bahru
Sekolah Agama Kampung Pulai menghantar seramai 14 orang peserta.
Al-Quran Tahap 1 ( L ) - Mohd Zawawi Fitri Bin Azam
Al-Quran Tahap 1 ( P )- Nur Ilyana Binti Johari
Al-Quran Tahap 2 ( L ) - Mohd Fuad Bin Abd Jalil
Al-Quran Tahap 2 ( P ) - Nurul Azira Binti Abd Rahman
Seni Khat Tahap 2 ( L.P ) - Maizatul Fatihah Binti Shafie
Kuiz Darjah 1 - Nazhatul Nazliah Binti Nor Azlan
Kuiz Darjah 2- Raja Hafizuddin Bin Raja Mohammad
Kuiz Darjah 3 - Siti Nurhafizah Binti Juhair
Bercerita Tahap 1 - Siti Nur Fatihah Binti Abd Jalil
Tarhim/Azan Iqamah Tahap 2 - Nur Aiman Lutfi Bin Ismail
Hafazan Tahap 1 - Mohd Hareez Bin Ab Hazis
Hafazan Tahap 2- Mohd Ali Bin Khalid
Berzanji Tahap 2 ( P )- Siti Norkhalizah Binti Ismail
Tafsir Ayat - Nurul Izzaty Binti Rosli
Semoga Berjaya kepada semua peserta.

Saturday, April 11, 2009

SEKITAR BESTARI SOLAT 2009 (BESTs 2009) SA KG PULAI

Friday, April 10, 2009

BESTARI SOLAT 2009 fasa 1 ( BESTs 2009 )

BESTARI SOLAT 2009 fasa 1
SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PULAI

Sekolah Agama Kampung Pulai akan mengadakan BESTARI SOLAT 2009 ( BESTs 2009 ) fasa 1 sepertimana ketetapan di bawah ini :

11 APRIL 2009 ( SABTU )
TAHAP 1 : 2.00 ptg – 3.30 tgh (WUDHUK)
TAHAP 2 : 4.00 ptg – 6.00 ptg (SOLAT)


Semua Murid diwajibkan hadir.


PEMBAHAGIAN KUMPULAN UNTUK LATIHAN AMALI


TAHAP 1

Ustaz Hj Farhan Bin Hj Md Kasim ( Kumpulan 1 )
Darjah 3 Tarmizi

Ustaz Shamsul Adha Bin Hamdan ( Kumpulan 2 )
Darjah 3 Muslim

Ustazah Tamimah Binti Supian ( Kumpulan 3 )
Darjah 1 Hanbali

Ustazah Nurul Azira Binti Omar ( Kumpulan 4 )
Darjah 2 Bukhari

Ustazah Suriati Binti Samsudin ( Kumpulan 5 )
Darjah 1 Maliki

Ustazah Maizatul Najihah Shafie ( Kumpulan 6 )
Darjah 2 Syafie


Oleh :
FARHAN BIN MD KASIM
Penyelaras,
Bestari Solat 2009,
Sekolah Agama Kampung Pulai.

Friday, April 3, 2009

Aktiviti Kelab Ansar SA Kg Pulai - Kawad Kaki & Gotong Royong ( 3 April 2009 )








Monday, March 23, 2009

Persoalan-Persoalan Yang Dijawab oleh Al-Quran

Kenapa Aku Diuji ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa Ujian Seberat Ini ?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286 Rasa Frust ?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. - Surah At-Taubah ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap ?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

Aku Tak Tahan !
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 87

Bukankah alQuran itu sesuai di semua zaman dan tempat, dalam apa jua keadaan?

Sunday, March 22, 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

23 Mac 2009
Selamat Kembali ke Sekolah diucapkan kepada warga guru dan murid Sekolah Agama Kg Pulai setelah seminggu bercuti.
Selamat menuntut ilmu diucapkan kepada murid-murid.
Selamat bertugas diucapkan kepada guru-guru.

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDURRASUL ANJURAN BERSAMA SEKOLAH AGAMA KG PULAI, SEKOLAH KEBANGSAAN KG PULAI DAN UMNO CAW KG PULAI